Lagu Dan Album Kegemaran 2019 . My Favourite Songs And Albums of 2019
2019 Music
Salam dan selamat sejahtera semua.
Blog kali ini saya akan kongsi lagu dan album kegemaran saya pada tahun 2019 (so far), so check 'em out ;)
Head Above Water, Avril Lavigne
Since saya peminat setia Avril Lavigne of course la saya akan post album ni kat sini. Head Above Water merupakan album keenam Avril yang telah keluar bulan Februari lalu. Well, saya suka semua lagu dalam ni tapi track kegemaran saya ialah, Crush. Ni album terbaik tahun 2019 ni tbh. CD nya saya tak beli lagi haha insyallah saya akan memilikinya nanti.
Symptoms, Ashley Tisdale
Saya tak dengar sangat lagu-lagu Ashley ni but this time she proved me wrong, single pertamanya Voices In My Head berjaya memikat hati saya dan lagu ni saya selalu replay banyak kali. Single kedua, Love Me And Let Me Go tidak kurang hebatnya walaupun berdurasi 2 minit lebih. So saya decide "I'm gonna stan this gurl!". Symptoms mengambil masa yang lama untuk keluar, dengan berbekalkan cuma 9 tracks jer album ni mampu buat kita mainkan banyak kali tanpa rasa puas. Lagu non-single kegemaran saya dalam ni ialah Insomnia. :)
She Is Coming, Miley Cyrus
Miley Cyrus kali ni keluar dengan EP, She Is Coming pada tahun ini. Mula-mula ingat tak nak layan sebab kecewa dengan album-albumnya yang lalu. Tapi sekarang saya tak henti-henti dengar kat Spotify. Okay dalam album ni satu jer lagu yang saya tak dapat nak hadam, Catitude, yang lain semuanya best. Lagu kegemaran? hmmm susah nak pilih sebab semua saya layan termasuk track yang meh tu. Party Up The Street ambil sedikit masa nak hadam lepas tu rasa best pulak. Track personal, The Most tu akan membuat korang nangis sebab semua boleh relate.
A Whole New World, Zayn and Zhavia Ward
Runut bunyi untuk filem Aladdin ni entah berapa kali saya ulang. best sangat-sangat terutama part Zayn la. Ni versi terbaik lagu ni. Setuju tak? well of course la korang kata tak sebab versi lama lagi better haha. Taste masing-masing :)
Air Mata, Khai Bahar
well no words. dengan liriknya, lagunya, cuba korang dengar masa-masa mendung or hujan, nangis weii. syabas buat Khai Bahar sebab keluarkan lagu ni. Best giler !!! Can we be friends?! haha
tbh lagu ni sedih giler. memang dapat relate dengan situasi saya, tambah-tambah pula saya asyik dikecewakan akhir-akhir ni (sedih weii). Bagi saya ni lagu terbaik dari Wany. Kalau tak masuk anugerah juara lagu tak tahu lah. Dengar lagu ni juga membuatkan saya mahu jadi single selamanya lol.
![]() |
Terlalu Memuja, Wany Hasrita |
Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia
Hamparan hati yang dulu pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku
ho-o
Terlalu memuja
deep sangat-sangat ;(
Ulasan
Catat Ulasan