Avril Lavigne Dulu, Kini Dan Selamanya
Avril Lavigne
Hi! Kalau korang ada baca post pertama saya mesti korang tahu yang saya peminat setia penyanyi kanada ini, Avril Lavigne.
Saya mula mengenali/mengetahui pasal Avril ni masa debutnya lagi. So, masa tu ketika berumur 9 tahun darjah 3, lagu Complicated nya memang tengah meletup. NTV7 ada menyiarkan lagu-lagu barat masa waktu pagi, masa tu abang jela yang selalu duk tengok muzik-muzik video semua tu. Saya pun kadang-kadang terlayan gak. Jadi masa tu la saya tahu pasal Avril. Mana taknya NTV7 asyik ulang tayang lagu-lagu sama tiap hari lol. Selain tu saya ingat la jugak ada lagu-lagu Eminem, The Cranberries, Crazy Frog dll ada disiarkan sekali. Oh by the way, dari darjah 1 sampai 3 waktu sekolah saya bermula pada sesi tengah hari huhu.
Lepas tu ada la saya ada tertengok macam lagu Sk8er Boi, Knockin' On Heaven Door kat TV. Tapi masa tu kecik lagi takde layan sangat pun. Pada tahun 2004/2005 tu, saya mula minat dengan lagu My Happy Endingnya. Siap salin lagi lirik kat buku dari dalam surat khabar lol.
Tahun 2007, saya mula betul-betul minat dengan penyanyi ni, mat saleh kata start to stan her. Masa lagu Girlfriend dimainkan di corong radio, takde la cam minat sangat. Rasanya lepas dengar lagu When You're Gone/Keep Holding On tu saya jadi minat. Dengar kat radio. Saya pun apa lagi memang boleh kata hari-hari dengar radio kat Hitzfm dan Mixfm. Kalau dengar je lagu Avril dipasang terus saya up volume tu lol. Ada pernah masa saya up kan volume radio masa lagu MHE tu, ingatkan kakak suruh slow kan radio tapi rupanya suruh buat benda lain. Tak memasal duk jerit2 tak bagi orang perlahankan.
Masa tu juga saya mula dengar lagu-lagunya yang lain seperti Nobody's Home, I'm With You (dengar kat radio je ni tau). Saya juga mula suka lagu-lagu penyanyi/band lain macam Gwen Stefani, Akon, Che Nelle, Fall Out Boy, Chris Brown, Rihanna, Fergie, Maroon 5, Boys Like Girls dan banyak lagi la.
Kalau pergi cyber cafe pun memang tak miss la layan lagu-lagu Avril kat Youtube. Masa ada pergi kedai CD/VCD, kedai ni ada jual CD The Best Damn Thing. Ada dalam versi cover standard dan cover latar belakang warna pink. RM10 je harganya. Masa tu saya memang takde duit la. Tapi memang betul-betul nak. So saya terambillah duit mak (budak-budak jangan tiru ya, ni dinamakan mencuri!, tapi saya cover/bayar balik beberapa tahun lepas tu). So dapatlah saya layan CD ni. Saya pilih yang cover standard punya, rasa rugi pula tak beli yang cover lagi satu sebab ada lagu Alone. Nasib baik Radio kat rumah ada pemain CD huhu. Mula-mula tu ingat dalam CD tu ada semua videonya tapi CD tu cuma audio dan lagi mengejutkan CD tu sebenarnya pirate! Biasalah masa tu mentah lagi tak tahu ori ke pirate. Patut la murah huhuh.
Masa pertama kali DJ Honey Madu mainkan lagu Hot kat Hitzfm memang rasa best giler la. Lagu tu saya dah dengar dalam CD tu tapi bila dengar kat radio feeling tu macam lain sikit. Selain radio Hitz dan Mix, ada juga la dengar lagu-lagu Avril kat radio MuzikFm (Hotfm takleh dengar sangat sebab siaran tak jelas) so macam siaran lain, Muzikfm juga ada carta-carta lagu. Kat siaran lain say tak tahu sangat vote lagu macam mana. Muzikfm ni dorang kata ada 2 cara iaitu melalui email or sms (cas dalam rm0.50 satu vote). So saya try vote lagu-lagu Avril melalui email tapi tak dapat-dapat. Maybe email salah. Pernah vote untuk lagu Hot/The Best Damn Thing dulu guna SMS (pakai handphone kaka). Habis duit huhu. Masa tu kredit RM5 pun mahal tahu!

Avril ada datang di Malaysia sebelum hari merdeka tahun 2008 tu. Punyalah saya eksited giler tapi tak dapat pergi pun lol. Siapa la yang nak bawa saya ke sana. Pada era-era seterusnya Avril ada datang jugak, boleh kata dalam 3 kali jugak lah. Tapi still saya tak pergi pun :( kinda sad.
Saya ada buat group Avril Lavigne Malaysia baru-baru ni, kalau sudi silalah join ya:
Peminat Avril Lavigne Malaysia 2019
Saya ada buat group Avril Lavigne Malaysia baru-baru ni, kalau sudi silalah join ya:
Peminat Avril Lavigne Malaysia 2019
Ulasan
Catat Ulasan