Komik Ben Terbaru (2019)

Komik Ben Terbaru (2019)


Korang pernah baca tak novel grafik Gempak Starz dari Ben Wong macam Innocent, Naive, The Fishes, Le Gardenie atau Fatal Chaos? Oh beberapa tahun lepas juga beliau ada keluarkan komik bertajuk Te@mare. Kalau terbitan Komik M pula, komik seperti Atan dan Reda  terus terlintas kat kepala. Kalau pernah fuhh... harap korang tak lepaskan peluang sebab kali ni Ben baru jer keluarkan komik mini siri berdasarkan komik asal Fatal Chaos tu tapi diberi nafas baru macam tajuk baru, nama dan karakter pun baru tapi taklah terlalu beza sangat.


So komik ni di beri tajuk Fighter Crisis (hasil pemilihan tajuk and nama karakter utama adalah berdasarkan undian peminat di FC_Official . Hah cuba lah baca kat atas tu .




Pada bulan Julai 2019 buat pertama kalinya dorang ada buat jualan komik ni di Comic Art Festival Kuala Lumpur aka CAFKL. Saya tak pergi pun tapi boleh buat pesanan online melaui email (thefinalchaos@yahoo.com). Sebab salinannya terhad sahaja so apa lagi terus lah order. Harga asal komik ni RM20 sahaja, masa saya order tu dalam RM29 jer termasuk pos. Ada yang dapat RM28 lah, RM29 lebih lah, RM30 lah, RM40 pun ada yang duduk luar semenanjung.

So dalam seminggu menunggu lepas event CAFKL tu sampai lah buku ni kat rumah. Eksited giler! Dorang hantar dengan pos daftar je nasib baik lah dalam kondisi baik. Kawan-kawan online saya ada yang berlipat lah fuhhh... komik ni bersaiz A4 tapi rase cam besar sikit saiznya (ala macam komik-komik Marvel tu saiznya). Muka Surat sebanyak 34. Sekejap jer baca terus habis hehe. Oh saya juga dapat autograf huhu. Korang boleh tengok selebihnya dalam Instagram saya ya. 


Fighter Crisis ni baru isu 1 ya. nanti keluar isu seterusnya saya akan update kat sini. sankiuuu

































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kebaikan dan Kegunaan Vaseline

Bunga-Bunga Di Rumah

Anime: 7 Seeds (2019)