Manga Gempak Starz: Orange
Manga Orange, Ichigo Takano
RANKING: 8/10
Bila kuar je manga Orange ni ramai yang eksited giler. Sampai yang bukan peminat shoujo pun turut beli sekali. Apa yang bestnya manga ni. Saya juga tertanya-tanya since anime atau live-action nya pun saya tak pernah tengok. Pernah lah jugak dengar pasal manga ni tapi tak pernah nak check out.
Manga ni ada 6 jilid semuanya. Gempkstarz sudah pun keluarkan 5 jilid. Yang last tu diberi tajuk Orange: Future tak pasti dorang akan kuarkan atau tak sebab kalau ikutkan jilid 5 tu dah tamat. Harap ada lah nanti.
Sinopsis:
Pada musim bunga tahun kedua sekolah menengah tinggi, Naho terima sepucuk surat daripada dirinya dari 10 tahun akan datang. Surat mengandungi permintaan kepadanya yang berumur 16 tahun ketika itu berbunyi."Aku tak nak kau menyesal macam aku dulu..."Kisah cinta fantasi bertemakan keakraban persahabatan remaja yang mengambil tempat di Matsumoto, Nagano.
So lepas kumpul je semua jilidnya yang di keluarkan setiap bulan, lepas habis baca Yotsuba je saya baca komik ni. Ambil dalam seminggu kot nak habis. Mula-mula baca tu wow best nya. Tak sangka pulak Gempak Starz dapat keluarkan komik shoujo macam ni. Selalu macam hmmm entahlah. Saya lebih suka komik-komik shoujo keluaran dulu. Banyak yang best lagi.
Tapi lama-lama rasa annoying pula dengan budak dengan budak rambut hitam tu, Kakeru. Rasa kawan-kawannya lagi kasihan. Well nak tahu kenapa kenalah baca manga ni huhuh.
Endingya (dalam jilid 5) saya tak berapa suka sangat tapi apa-apa pun komik ni berbaloi baca. Yang anti-shoujo tu saya minta rendahkan ego korang dan cubalah hayati komik ni. Tak rugi. Mana tahu perkara seperti ni might berlaku kat kehidupan korang.
![]() |
Orange (anime), direleasekan pada 18 November, 2016 sebanyak 13 episod |
![]() |
Orange (filem), direleasekan pada 12 Disember 2015 |
Ulasan
Catat Ulasan