Manga Gempak Starz: Yotsuba&!

Manga Yotsuba&!, Kiyohiko Azuma


RANKING: 9/10 (Lukisan mantap dan teliti, Jalan cerita di olah dengan baik)

Akhir-akhir ni saya decide nak start baca manga Yotsuba ni. Takleh bayangkan bila dah bertahun beli dari akhir tahun 2017 and tahun 2019 ni baru nak baca hahah. Biasa lah sibuk memanjang (sibuk ke?!). 

So manga ni keluaran Gempak Starz. Ia dikeluarkan setiap bulan. Saya beli online jer kat website dorang. Tiap-tiap bulan atau dua bulan sekali. Kadang-kadang terlepas sampai habis stok. Cepat jer habis, dorang pulak nak restok lambat. Harga masa ni masih RM10 (sekarang dah RM12 bagi komik-komik terbaru). Setakat ni sebanyak 13 jilid jer dorang keluarkan. Masih tinggal satu jilid lagi. 



Best jugak lah komik nih. Si Yotsuba tu agak nakal sikit tapi teringat pulak masa zaman-zaman kecik dulu. Rasa saya lagi nakal hahah. Tapi nasib baiklah orang kat kelilingnya baik-baik belaka. Takde yang nak marah tapi bila dia betul-betul buat silap ada lah tu pengajarannya. huhuh.

Sinopsis:
Yotsuba ialah budak periang, lurus dan ada rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Dia dan ayahnya berpindah ke rumah baru dan bertemu dengan jiran baik iaitu tiga adik-beradik perempuan Ayase. Setiap hari ada saja penemuan dan benda baru yang Yotsuba belajar. Mari ikuti kisah mencuit hati Yotsuba!

Yotsuba&! = dalam isi kandungan, "Yotsuba dan ..."

Buat yang minat Chibi Maruko Chan, Doraemon ataupun Crayon Shin Chan tu korang patut baca komik ni. Also FYI, Yotsuba&! ni takde anime ya. Kena baca komik tahu! Buat yang berminat boleh order kat Website GempakStarz ya. Setakat ni masih ada stok lagi. Tahun depan, dua tahun depan tak tahulah. Order RM50 ke atas dapat penghantaran percuma tahu. So order lah banyak-banyak terus :)


Kalau tengok cover tu korang rasa Yotsuba ni Lelaki ke Perempuan? huhuh























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kebaikan dan Kegunaan Vaseline

Bunga-Bunga Di Rumah

Anime: 7 Seeds (2019)