Muzik Terbaru Katy Perry 2019


Katy Perry 2019




Tahun 2019 ni Katy Perry telah keluarkan beberapa single terbarunya. Album lates-nya Witness telah di-releasekan pada tahun 2017, tapi dengar-dengar buat masa ni beliau takkan keluarkan album terbaru. Sokey at least beliau still making n release music bukan macam artis-artis yang lain yang ambil masa bertahun buat lagu last-last tak jadi release. Kudos Katy !!!


1. 365, 14 Februari
365, Katy Perry ft. Zedd

Selepas single Krismasnya, Cozy Little Christmas dikeluarkan akhir tahun 2018, Katy datang dengan single duetnya bersama Zedd berjudul 365. Ni pertama kali beliau ber-feature dengan Zedd. Tapi saya duk fikir-fikir, Zedd ni rasa muziknya dah tak relevan dengan zaman sekarang, maksud saya his music aged dah, 2019 ni orang macam dah tak kenal Zedd. Buat yang tak tahu lagu ni actually telah leak sebelum tarikh releasenya so I think that's why it didn't really do well on charts. Plus, muziknya macam yang saya jangka, bila mula-mula dengar best lepas beberapa kali macam dah tak nak dah lol. Single ni menduduki tangga ke-86 di Billboard Hot 100, too bad.


2. Con Calma (Remix), 19 April

Con Calma, Daddy Yankee ft. Katy Perry & Snow

Actually ni feature single bagi lagu asal Daddy Yankee ft. Snow. Con Calma lagu mix spanish dan english, single asal tak pernah dengar, dengar yang remix ni jer. Layan la jugak. Lagu ni menduduki tangga ke-48 di Billboard Hot 100 tapi lepas dorang release versi remix dengan Katy, ia mendaki sampai ke nombor 22. Top 30 tu hebat! Malangnya, tiada muzik video untuk versi remix ni. sokay...


3. Never Really Over, 31 Mei

Never Really Over, Katy Perry

Buat yang duk kata Katy Perry dah tak relevant lagi tu korang silap. Single solo, Never Really Over yang dikeluarkan akhir musim bunga ni berjaya menerjah ke tangga ke-15 di Billboard Hot 100. Ku sangka lagu ni akan fail untuk masuk carta lol. Wig!!! Lagu ni agak repetitive, agak berbelit juga lidah nak nyanyi kat bilik air (haha) but apa-apa pun lagu ni best walapun 'tak' sangat. Ramai yang kata lagu ni lagi best dari Me!, your opinion? 

















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kebaikan dan Kegunaan Vaseline

Bunga-Bunga Di Rumah

Anime: 7 Seeds (2019)