Muzik Terbaru Taylor Swift 2019

2019 Taylor Swift




Tanpa di jangka, era Reputation berakhir dengan cepatnya berbanding era-era yang lain (walaupun banyak lagi lagu-lagu yang patut dijadikan single dan ada muzik videonya sendiri macam, I Did Something Bad, Don't Blame Me, Getaway Car dll). Kali ini Taylor Swift me-releasekan single-single terbarunya lebih awal. Era Reputation merupakan era dark-nya, tapi this time, WELCOME TO THE COLORFUL ERA!




Lewat April lalu, single pertama Me! (ft. Brandon Urie) telah dikeluarkan. Masa tu saya boleh dikatakan teruja giler. So buat pertama kalinya saya telah membeli lagu ni si iTunes serta melanggan muzik di Apple Music dan Spotify. Walau bagaimanapun, setelah mendengar beberapa kali, saya dapati lagu ni takde la best pun. With no replay value, liriknya agak childish dan of course 2019 ni orang dah kurang layan lagu-lagu pop bubblegum ni. Single ni berjaya menduduki tangga ke-2 di Billboard Hot 100. Well try again Taylor...




Setelah kecewa dengan lagu Me! (bukan Taylor tapi saya dan the other stans), Taylor keluarkan pula single keduanya, You Need To Calm Down pada Jun lalu. Bila dengar je terus kecewa lagi haha. Tapi at least muzik videonya bagi justice untuk lagu ni (ada Katy Perry lagi aweee). Single ini berjaya menduduki tangga ke-2 macam Me! di Billboard Hot 100 which saya tak expect pun akan masuk carta ni haha. Good for her. And Old Town Road juga sekali lagi mem-block lagu-lagu Taylor. Asal ramai layan lagu ni, I cannot brain betul dengan US people...




The Archer merupakan lagu promo untuk album Lover ni. Lagu ni agak slow sikit dari lagu-lagu sebelumnya. Boleh lah layan gak huhuh. Lagu ni di keluarkan sebulan sebelum release album. Ketika tu, Taylor sedang shooting bagi video muzik terbarunya.





Ni cover untuk album terbaru Taylor bertajuk Lover. Akan di-releasekan pada 23hb Ogos nanti. Also ni bersama dengan label Republic ya, no more Big Machine Records. Cannot wait !!!


















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kebaikan dan Kegunaan Vaseline

Bunga-Bunga Di Rumah

Anime: 7 Seeds (2019)