Khai Bahar - Air Mata CD
Album Debut Khai Bahar "Air Mata"
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Harap sihat-sihat belaka ;)
Semalam saya ada menerima sebuah bungkusan poslaju dari NAR Records Sdn Bhd. Memang rasa teruja gila lah sebab dah tahu yang dalam bungkusan tu ada album CD Khai Bahar.
Air Mata merupakan album debut (sulung) Khai setelah 3 tahun berkecimpung dalam industri seni Malaysia. Ia telah dikeluarkan pada bulan lepas (Julai 2019) dalam format CD. Disebabkan stoknya agak terhad, saya juga tidak ketinggalan membuat pesanan melalui page Instagram Nar Records sendiri dengan harga RM32.90 sahaja. (pos RM10 huhu)
Dalam album ni ade 11 lagu. Lagu Jodohku takde pulak sedih rasa ;(
Tracks:
- Bayang
- Dari Jauh Saja
- Luluh
- Rahsia Kita (feat. Fatin Husna)
- #123
- Air Mata
- Keranamu
- Dia
- Penantian
- Menyesal
- Cahaya 114
Yang bestnya kat rumah saya dah ada pemain CD yang saya beli tahun lepas dari shopee. So malam tu saya mainkan CD ni. Semua lagu saya suka tapi lagu-lagu kegemaran saya mestilah Air Mata, single pertamanya, Bayang dan Cahaya 114, bila dengar lagu ni sejuk sikit hati.
Bagi saya Khai ni boleh dikatakan agak genius, sebab kebanyakan lagu ditulis oleh beliau sendiri. Lagu seperti Luluh dan Air Mata, cuba korang lihat lirik-liriknya. Pergghh I'm impressed!
Ulasan
Catat Ulasan